13 Hadith Kaunseling Gaya Nabi Muhammad
Thursday, June 21, 2012
Anggota Tim Pengkaji Hadith Psikologi 2011
Penasihat: Prof. Emeritus Abdullah Hassan Ph.D.
Ketua Projek: Puan Ainon Mohd.
Timbalan Ketua Projek: Puan Wan Mazwati Wan Yusoff Ph.D.
Tim Penyelidik:
Tn. Ahmad Saifuddin Yusof
Pn. Muna 'Izzah Fadzil
Pn. Rihan Hashim
Pn. Nor Hayati Mohd Redzwan
Tn. Asyraff Hafdzan Abdullah
Tn. Mohd. Yusry Yusopp
Beberapa aspek dalam kaunseling Islam dan berbeza dengan kaunseling Barat adalah kaunselor gaya Islam tidak melakukan perkara-perkara berikut:
1. Tidak menyiasat latar belakang, hubungan kekeluargaan, dan sejarah lampau peribadi klien.
2. Tidak menyuruh klien mendedahkan aib dirinya dan aib orang-orang lain kepada kaunselor.
3. Tidak bertanya kepada klien mengapa dia melakukan perkara-perkara yang dilakukannya.
4. Tidak menggalakkan klien meluahkan perasaannya.
5. Tidak memanggil orang-orang lain yang namanya disebut oleh klien dengan tujuan mahu mendapatkan lebih banyak maklumat ataupun bagi menasihati orang-orang itu.
6. Tidak memanggil saksi-saksi bagi memastikan kebenaran kata-kata klien.
7. Tidak menyuruh klien mencari sendiri jalan keluar dari situasinya.
Wednesday, June 20, 2012
Cd 13 hadith kaunseling
View more PowerPoint from Mohd Yusopp
Dari Pengarang
Dengan menyebut nama Allah, Tuhan yang sangat mengasihi dan sangat menyayangi manusia dan segala ciptaanNya, dan dengan mengucapkan salam kepada Nabi Muhammad serta kaum keluarga serta sahabat-sahabatnya, buku ini dipersembahkan kepada pembaca, dengan doa mudah-mudahan ada kebaikan di dalamnya bagi yang membacanya dan Allah pula menyukai hasil kerja ini.
Pertama-tama, sebagai penulis buku ini, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada anggota Tim Pengkaji Hadith Psikologi yang bersama-sama menjalankan tugas menganalisis data-data hadith yang digunakan dalam buku ini. Mereka adalah: Puan Dr. Wan Mazwati Wan Yusoff, Tn. Ahmad Saifuddin Yusof, Pn. Muna 'Izzah Fadzil, Pn. Rihan Hashim, Pn. Nor Hayati Mohd Redzwan, Tn. Asyraff Hafdzan Abdullah, dan Tn. Mohd. Yusry Yusopp. Daripada kajian dan analisis yang dilakukan secara berkumpulan itu maka dapatlah saya melaporkannya di dalam buku ini.
Beberapa prinsip yang dijadikan pegangan oleh anggota tim pengkaji sepanjang menjalankan kajian dan analisis projek ini adalah seperti berikut:
i. Bagi menjaga ketinggian mutu hasil analisis yang dilaporkan dalam buku ini, hadith-hadith yang dianalisis adalah hadith-hadith yang autentik sahaja, dengan sebahagian besarnya diambil daripada catatan yang terdapat dalam 2 koleksi hadith-hadith autentik yang sangat terkenal dan diterima oleh pakar-pakar ilmu hadith iaitu koleksi Bukhari dan koleksi Muslim.
ii. Analisis yang dijalankan adalah bagi tujuan menggali prinsip, strategi dan teknik-teknik yang terdapat di sebalik teks hadith. Teknik-teknik itulah yang diterangkan dalam buku ini. Struktur buku ini dirangka sedemikian ini adalah kerana tujuan utama buku ini adalah bagi menerangkan teknik-teknik yang dapat digali daripada sesuatu hadith. Format ini digunakan supaya setiap analisis hadith dapat berdiri sendiri, dan dengan demikian isi kandungan setiap bab itu dapat dibaca dan difahami dengan efisien, yakni tanpa menyebabkan pembaca terpaksa berbolak-balik membaca bahagian-bahagian lain bagi memahami topik yang sedang cuba difahami.
Gaya bahasa yang digunakan dalam buku ini adalah dipilih dengan objektif khusus
iaitu supaya pembaca yang bukan Islam sekalipun dapat memahami teknik-teknik Nabi Muhammad yang diterangkan.
Adalah menjadi harapan tim pengkaji supaya buku kelahiran buku ini dapat mendorong lebih banyak kajian seumpama ini dijalankan oleh rakan-rakan pengkaji hadith. InsyaAllah.
Ainon Mohd.
Sunday, June 10, 2012
Bagi Tuan/Cik Puan yang berminat boleh membuat pembayaran dan mohon e-melkan nama, no telefon dan alamat ke
creative.sifu@live.com dengan subjek e-mel 'CD 13 Hadith Kaunseling'.
Cd ini dijual dengan harga RM30 termasuk caj penghantaran.
Sekian, terima kasih.
---------------------------------------------------------------------------------------------
Pembayaran adalah seperti berikut
Nama Bank: Maybank
No Akaun : 562188301774
Nama Pemilik: CREATIVE SIFU
Untuk menghantar pengesahan bukti pembayaran, sila emelkan maklumat berikut:
Nama Pembayar :
Masa Pembayaran :
Tarikh Pembayaran :
Jumlah Bayaran :
E-mel :
Emelkan maklumat di atas ke alamat berikut: creative.sifu@live.com
Nama Pemilik: CREATIVE SIFU
Untuk menghantar pengesahan bukti pembayaran, sila emelkan maklumat berikut:
Nama Pembayar :
Masa Pembayaran :
Tarikh Pembayaran :
Jumlah Bayaran :
E-mel :
Emelkan maklumat di atas ke alamat berikut: creative.sifu@live.com
*Kami akan menghantar dalam tempoh 14 hari dari tarikh pembelian.
Creative Sifu
Creative Sifu
Subscribe to:
Posts (Atom)